Friday 28 January 2011

3 Cahaya di Syurga

Diriwayat di dalam kitab Imam Hanafi, bahawa di hari kiamat (Syurga) ada 3 cahaya yang berlainan :


1. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
2. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan purnama.
3. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka segera meniggalkan pekerjaan & terus bersuci & lantas mengambil air sembahyang apabila mendengar azan.

Cahaya yang kedua seperti bulan purnama ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga seperti matahari ialah mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Friday 14 January 2011

Anak Yang Lupa Pengorbanan Ibunya



Kisah Benar dari Mesir



Saya minat betul dengan seorang Ustaz ini, nama beliau adalah Ustaz Datuk Mohd Zawawi Yusof. Pertama kali saya dengar dia berceramah di Masjid Tengku Kelana, saya tertarik dengan cara percakapan dan penyampaian cerita yang dibawa amat memukau perhatian saya..

Topik ini adalah salah satu cerita yang diceritakan oleh Ustaz yang saya perlu cerita kembali kepada anda semua. Cerita ini merupakan sebuah cerita benar. Malah telah gambarkan dalam satu filem di Mesir. Begini ceritanya...
a
Terdapat sebuah rumah bersebelahan sebuah sekolah. Rumah itu didiami oleh seorang ibu dan anak. Anak tersebut pergi ke sekolah disebelah rumah tersebut. Ibu si anak ini sering ke sekolah waktu rehat untuk memberi makanan kepada si anak. Tetapi si anak sering memarahi ibunya supaya tidak datang ke sekolah kerana malu akan ibunya yang buta sebelah mata. Si anak merasa malu dengan kehodohan ibunya itu. Ibunya tidak endah dan akan setiap hari ke sekolah untuk memberi makanan dan tetap di marahi oleh si anak tersebut.

Si anak nekad untuk belajar kuat untuk mendapatkan sekolah asrama supaya ibunya tidak dapat datang melawatnya. Dengan izin Allah, si anak pun dapat sekolah asrama dan ibunya tidak datang melawatnya lagi. Dengan izin Allah, si anak pun dapat sekolah asrama dan ibunya tidak datang melawatnya lagi.

Si anak yang nekad itu kemudian mendapatkan biasiswa untuk belajar di luar negara. Si anak pun berjaya mendapatkan biasiswa dan belajar di luar negara. Sejak itu, terputuslah hubungan si anak dengan ibunya. Si anak pun berjaya belajar tinggi dan kahwin dengan seorang perempuan Mesir di luar negara. Si anak kembali ke Mesir tetapi tidak balik melihat ibunya. Si anak terus berjaya dalam hidup dan menjadi orang besar di dalam daerah tersebut.

Ibunya bangga melihat kejayaan anaknya melalui surat khabar ingin benar menjumpa anaknya, maka sekolah lama si anak mengadakan alumni dan menjemput si anak tersebut. Orang kampung berjanji kepada ibunya yang mereka akan membawa anaknya selepas perjumpaan alumni itu ke rumah untuk berjumpa dengan ibunya.

Si anak pun datang ke sekolah tersebut menaiki kereta mewah dan terus meninggalkan tempat itu selepas habisnya upacara tersebut tanpa melawati ibunya. Ibunya yang bersedih akan perkara tersebut nekad itu menjumpa anaknya. Ibu berjaya mendapat alamat rumah anaknya dan berangkat menaiki keretapi dan melalui satu perjalanan yang jauh yang memakan berhari.

Akhirnya sampai jua, ibunya ke rumah si anak tersebut. Ibunya mengetuk pintu dan cucu ibunya tersebut membuka pintu. Si cucu menjerit kepada ayahnya "Ayah, ada nenek miskin nak mintak sedekah". Si ayah tersebut pun datang melihat dan terkejut melihat ibunya. Si anak tersebut memarahi ibunya lagi. Dan berkata "Saya tidak ingin melihat ibu kerana ibu hodoh! Saya malu melihat ibu! Jangan kembali lagi ke sini, saya tidak ingin melihat ibu lagi!"

Ibunya yang berpatah hati kembali ke kampungnya selepas mendengar kata-kata anaknya yang cukup memilukan hatinya. Sekembali ibu tersebut ke kampung, ibu menulis beberapa surat kepada anaknya tetapi tidak di balas. Tidak beberapa lama kemudian, Si ibu tenat dan sakit. Si ibu ingin melihat anaknya dan berutus surat kembali tetapi tidak juga diendahkan oleh si anak.

Akhirnya si ibu meninggal dunia tetapi sebelum itu Si ibu meninggalkan wasiat supaya seutus surat yang ditulisnya diberikan kepada si anak.

Surat itu pun sampai kepada tangan si anak. Si anak membuka dan membacanya. Isi surat itu ialah seperti ini: "Wahai anakku, ibu bangga dengan percapaian kamu dan ibu tetap sayang kepada kamu. Ibu sudah tiada lagi tapi ibu masih gembira kerana ibu masih dengan kamu. Ibu ingin menceritakan sebuah kisah, kamu selalu memanggil ibu hodoh dan buta satu mata, ini adalah kerana semasa kamu kecil, kamu mengalami satu kemalangan dan buta sebelah mata. Ibu tidak ingin kamu dicaci nanti oleh kawan kawan kamu, maka ibu sanggup memberi mata ibu kepada kamu. Ibu gembira sekarang, kerana ibu masih dapat melihat menerusi kamu"

Si anak yang kini sedar akan cerita sebenar meraung kesedihan dan kini sedar akan betapa besarnya kasih sayang ibunya dan betapa besar kesilapannya. Dengan takdir Allah S.W.T, si anak yang berpangkat besar kini menghadapi masalah. Masalah keluarga. bercerai dan masalah kerja. Sehingga satu tahap, dia menjadi miskin dan kembali ke kampungnya dan duduk di rumah asalnya. Sesungguhnya Allah Maha Adil.

Setelah sekian lama berada dalam keadaan tersebut, si anak tersebut dengan perlahan-lahan kembali ke status asalnya.

Terdapat 3 cara Allah memberi pahala dengan spontan iaitu apabila melihat Kaabah, melihat Al-Quran dan melihat muka ibu bapa.

Sesungguhnya orang yang paling rugi adalah orang yang mempunyai ibu-bapa yang masih hidup dan tidak membuat sebarang kebajikan bagi mereka.

Semoga kisah benar di atas memberi pengajaran kepada kita akan betapa besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap kita.

Friday 7 January 2011

Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam umat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam

Fans

Update Facebook dengan Islamic